Kisah Benar: Pengalaman Di Rumah Banglo Mona Fendi Seksyen 12
Hari itu hari Khamis 17
Mac 2011.Aku dan dua orang classmates sibuk bercerita tentang rumah banglo Mona
Fendi yang dikatakan berhantu yang famous di Shah Alam di belakang dewan kuliah
sambil menghiraukan lecturer yang mengajar di hadapan.Salah seorang dari
classmates aku bercerita tentang pengalaman rakannya terserempak dengan entiti
yang menjenguk dari atas tembok rumah banglo tersebut ketika mereka cuba
masuk.Akibatnya, mereka mengambil keputusan untuk pulang sahaja malam
itu.Tiba-tiba seorang lagi classmateku bersuara.
"Malam ni malam Jumaat.Jom
kita pergi rumah banglo tu".
"Jom.Shoot mesej dekat
budak-budak lain.Malam ni kita pergi", jawabku pantas.
Jam 12 malam.Kami
berkumpul di Bus Stop Seksyen 2 dan mula bertolak ke rumah banglo tersebut di
seksyen 12.Terdapat 7 orang yang semunya yang mengikuti konvoi malam jumaat
tersebut.Setibanya di sana, kami meletakkan motosikal di hadapan rumah dengan
posisi yang memudahkan kami melarikan diri sekiranya sesuatu berlaku.Suasana di
rumah banglo separa siap tersebut memang menakutkan ditambah keadaan malam yang
gelap.
Kami mula memanjat pagar
rumah banglo tersebut.Cerita classmateku petang tadi tiba-tiba bermain di
fikiranku.Hatiku mula berdebar.Setelah semua selesai memanjat pagar, kami
memulakan operasi untuk menjelajah banglo tersebut ditemani cahaya lampu
handset.Ruang dalaman banglo tersebut sangat besar.Ada sebuah kolam kecil di
bawah tangga.Di sebelah luar pula terdapat sebuah kolam lain.Then kami mula
menaiki tangga untuk ke bahagian atas banglo dengan penuh berhati-hati kerana
tiada pemegang sisi di tangga tersebut.Tersilap langkah boleh membawa
padah.Silap haribulan kemalangan boleh berlaku.
Dibahagian luar atas
terdapat laman yang menghubungkan sebuah lagi pintu pagar.Mungkin tempat
parking kereta-kereta mewah fikirku.Kemudian kami pergi pula ke bahagian
belakang rumah yang dipenuhi pokok-pokok liar yang menambahkan lagi angker rumah
banglo ini.Tiba-tiba hidung kami menangkap satu bau.Masing-masing berpandangan
sesama sendiri.
"Damn siapa pulak kentut
ni', kata salah seorang dari kami.Semua orang menutup hidung masing-masing
sambil menyumpah seranah.
Kami meneruskan menjelajah
keseluruhan ruang rumah tersebut.Selepas itu kami pun pulang.Walaupun tidak
menjumpai apa-apa yang pelik tapi kami sangat puas kerana berjaya masuk di dalam
rumah tersebut. yang dikatakan berhantu oleh ramai orang.Lain orang lain
pengalaman.
Hazwan: Amacam?Seram
tak.By the way, makhluk-makhluk ghaib ni memang ada sebenarnya.Terpulang kepada
kita sebenarnya nak percaya atau tak.Jangan biarkan hidup anda diselubungi
misteri.Gambar memang tak ada sebab malam kan.Tapi
kalau nak tengok gambar rumah banglo yang kami masuk tengok dekat link bawah
ni:
Dipetik Dari:
Dipetik Dari:
No comments:
Post a Comment