BELUM
Salam sejahtera kepada semua....
Aku sebenarnya hanya ingin berkongsi pengalaman bersama kalian. Sebenarnya, ini adalah sebuah kisah yang berlaku pada ku di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Perak. Aku ingin menegaskan bahawa kisah ini bukanlah satu rekaan tetapi realiti pahit yang tidak dapat aku lupakan....
Begini kisahnya....
Malam itu, cuaca seperti tidak mengizinkan hari esok menjelma. Awan pekat pada malam itu seolah-olah memberi amaran bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku... tetapi keadaan malam itu tidak sedikit pun melunturkan semangat kami untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan
akhir hanya tinggal beberapa minggu sahaja.... jadi, cuaca pada malam itu bukanlah sesuatu yang membimbangkan kami... aku, Halim dan Ikram (bukan nama sebenar) terus mengulangkaji pelajaran yang baru diajarkan pagi tadi. Belum sampai sejam, Halim mengadu matanya mengantuk.. aku hanya tersenyum, sudah faham akan tabiatnya... senang sekali mengantuk terutamanya bila study.... aku meneruskan pembacaanku bersama Ikram... tepat jam 12.45 tengah malam, Ikram pula mengantuk....
aku hanya melihat langkah longlainya menuju ke katil... sebelum sampai ke katil, sempat juga dia merungut "gelap jugak malam ni.... macam ade apa-apa je..." aku hanya tersenyum pahit kerana di dalam hatiku, aku juga sependapat dengannya...
Jam 1.30 pagi, aku menuju ke katil... mataku sudah tidak dapat bertahan lagi.... lalu aku pun terus menghempaskan kepalaku ke bantal.... kesejukan malam itu ternyata memberi kesan kepadaku... kawasan asrama ku yang jauh dari kawasan petempatan membuatkan fikiranku kusut.... aku tidak mempedulikannya lalu cuba melelapkan mataku... belum pun sampai 10 minit, tidur ku diganggu oleh sesuatu.... "sham, tolong temankan aku ke tandas, aku nak terkencing la..." Ikram menarik tanganku... aku mengeluh... memang tidak dapat dinafikan suasana asrama kami cukup menyeramkan terutama pada waktu malam... tambahan pula, kejadian-kejadian yang memang tidak dapat dilupakan pernah terjadi beberapa kali sebelum ini... tidak hairanlah jika Ikram tidak berani ke tandas keseorangan... tambahan pula, tandas terletak agak jauh dari bilik kami.... aku menurut.... sampai di pintu tandas, Ikram pun masuk ke dalam... aku hanya menantinya di luar.... "jangan lama-lama tau..." pesanku.... kurang satu minit aku menunggu, debaran di dadaku tiba-tiba meningkat... hati ku tiba-tiba runsing... bulu romaku tegak berdiri... aku beranikan diri ku menunggu Ikram di situ.... suara cengkerik dan anjing tiba-tiba menjadi semakin kuat... aku tidak dapat menahan perasaan takut ku lagi...
"woi Ikram, kau dah ke belum?".... lalu Ikram pun menjawab "belummm..... nanti la kejap".... aku terpaksa menantinya lagi.... tetapi lama-kelamaan, hatiku semakin runsing... ingin rasanya aku berlari pulang ke bilik.... aku terus menengking Ikram " woi, dah ke belum...!!!" tiba-tiba, aku terdengar satu suara yang cukup mengerikan mengilai-ngilai dari dalam tandas..."BELUUUMMMMMM.... BELUUUUMMM.... BELUUUUUMMMMMM...... HAHAHAHAAAAAAAAAAA.....!!!!" aku jatuh tersungkur ke lantai kerana ketakutan... fikiranku bercelaru... adakah itu ikram ataupun sesuatu telah berlaku ke atasnya.... aku panik lalu terus bangkit dan berlari ke bilik.... aku terus berlari untuk mendapatkan halim... ingin rasanya aku menjerit sekuat-kuatnya pada ketika itu melihatkan sekujur tubuh yang amat ku kenali.... IKRAM.....!!!! aku tersentak... kakiku longlai.... bagaimana Ikram boleh berada di katilnya sedangkan, sedangkan..... aku rebah dan tidak sedarkan diri....
aku tersedar pada tengah hari esoknya.... aku enggan memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut sehinggalah selepas peperiksaan selesai.... dan sehingga kini, aku masih lagi takut apabila berhadapan dengan Ikram walaupun kejadian itu telah lama berlalu......

No comments:
Post a Comment