Wednesday, 30 May 2012

Zakuan terkulai dalam pelukan pontianak

Zakuan terkulai dalam pelukan pontianak   

 Zakuan memang terkenal dengan sikapnya yang suka berfoya foya.  Walaupun dia masih menuntut, namun dia ligat keluar berhibur dipusat pusat hiburan bersama kawan kawannya.  Telah banyak gadis yang telah dikecewankannya.  Malah Zakuan pernah merosakkan beberapa orang gadis yang keluar dengannya.

  Nama Zakuan sering meniti bibir setiap gadis.  Semua gadis dikolejnya ingin berdampingan dengan Zakuan, meskipun mereka tahu, Zakuan hanya suka berfoya foya.

  Peperiksaan semestar telah pun berakhir.  Zakuan memang merancan untuk berfoya foya dengan teman wanitanya dipusat pusat hiburan selepas agak lama dia terkurung mengulangkaji pelajaran.   Malam itu, Zakuan telah berjanji dengan Erni untuk berhibur dipusat kegemaran Zakuan.  Erni bukanlah gadis pertama yang dikenali Zakuan.  Sudah banyak gadis yang 'rosak' gara gara sikap Zakuan yang suka mengambil kesempatan diatas kelemahan kaum hawa.  Zakuan bercadang untuk meniduri Erni pada malam itu.  Tapi malangnya Erni membatalkan 'datenya' dengan Zakuan kerana terpaksa pulang ke kampung.

  Walaupun agak hampa, Zakuan gagahkan juga untuk bersiar siar seorang diri ditengah tengah kepekatan malam.

  "Bosannya malam ni.  Tak tahu nak buat apa," rungut Zakuan.  Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi.  Setelah jemu ronda ronda sambil menikmati keindahan ibu kota yang bermandikan cahaya lampu, Zakuan menga,bil keputusan untuk pulang sahaja kerumah.

  Samnbil mendengar alunan muzik,  Zakuan berkira kira mengajak teman wanitanya yang lain untuk diajak keluar pada malam esoknya.  Sedang asyik memandu, Zakuan terpandang seorang gadis cantik menahan keretanya.

  "Ini sudah bagus.  Macam mata mengantuk disorongkan bantal pulak," bisik hati kecil Zakuan.

  "Abang boleh tumpangkan saya tak.  Saya terlepas bas.  Tolonglah saya abang," rayu gadis itu.

  "Boleh apa salahnya.  Cepatlah naik.  Lagipun hari nak hujan.  Nanti kalau kena hujan, demam pula."

  Zakuan sempat menjeling pada gadis itu.

  Wah, seksi jugak gadisni.  Hmmm... ada peluang lah aku 'makan besar' malam ni, Zakuan mula terfikir niat jahatnya.

  "SAudari ni dari mana sebernarnya.  Tak takut ke keluar sorang sorang macam ni."

  "Saya dari kelas tuisyen.  Tapi saya keluar agak lewat malam ni.  Sebab tu saya terlepas bus.  Nasib baik ada abang," jeling gadis itu kearah Zakuan.

  Emmm...ini sudah bagus.  Respon baik nampaknya awek sorang ni.

  Mungkin kerana terlalu letih, gadis itu terlena di sebelah Zakuan.  Mata Zakuan liar memerhatikan batang tubuh gadis itu.

  Kalau aku dapat awek ni, memang bagus.  Zakuan mula mengatur strategi untuk meperdayakan  gadis itu.

  Pelan pelan, tangannnya mula merayap diatas paha gadis itu.  Gadis itu tiba tiba tersedar dari tidurnya.  Anehmya, gadis itu tidak membantah.  Sebaliknya tersenyum memandang Zakuan.

  Zakuan pun apa lagi, mulalah menjalankan operasinya untuk terus mengoda gadis itu supaya dapat meragut kesucian gadis itu.

  Setiap tindakan Zakuan pasti akan dibalas oleh gadis itu dengan rakus, serakus Zakuan.  Kerana tidak dapat mengawal kenderaannya dengan baik, Zakuan telah mengambil keputusan untuk berhenti ditepi sebuah lorong untuk memuaskan nafsunya bersama gadis itu.

  Entah bagaimana tiba tiba marasakan rangkulan gadis itu semakin kasar.  Lehernya dirasakan seperti ditusuk benda tajam.  tiba tiba Zakuan terbau hanyir darah.  Zakuan cuka meleraikan rangkulan gadis itu dari tubuhnya namun dia gagal.

  Zakuan agak kehairanan kerana kekuatan gadis tu amat luarbiasa.  Mustahil seorang gadis mempu mengalah kekuatan seorang lelaki.

  Pelukan gadis itu semakin melemaskan Zakuan.  Zakuan seolah olah sesak nafas.  Tiba tiba Zakuan merasakan ada darah segar mengalir dari lehernya.  Gadis yang cuba diperdaya oleh Zakuan itu  bertukar wajah ,enjadi hodoh.  Kulitnya menggerutu dan mengeluarkan lendir yang meloyakan tekak.

  Gadis itu ketawa menggilai, membuatkan bulu roma Zakuan tegak berdiri.  Zakuan ketakutan.  Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan saat itu.  Hendak minta tolong, siapa yang akan lau dilorong gelap itu, pada malam malam buta begitu.

  Zakuan tidak mampu melarikan diri dari cengkaman makhluk hodoh itu.  Saat itu, Zakuan hanya mampu berserah pada tuhan.  Zakuan mula menyesali kelakuannya selama ini yang suka memperdayakan golongan wanita.

  Bau busuk dari tubuh dan wajah makhluk itu mebuat Zakuan hampir termuntah.  Zakuan cuba menjerit meminta tolong.  Namun dia dapat merasakan suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.

  Dalam keadan penat itu Zakuan sempat membaca beberapa ayat ayat suci Al-Quran yang masih diingatinya.  Tiba tiba zakuan rasakan pandangan nya semakin kelam.  Zakuan semakin sukar untuk bernafas.  Selepas itu Zakuan langsung tidak ingat apa apa lagi.

  Apabila Zakuan membuka matanya, dia dikelinglingi oleh kedua ibu bapanya dan sahabat handai.  Menurut ibunya,  Zakuan ditemui pengsan didalam kereta oleh pemandu yang lalu dikawasan itu.

  Zakuan pengsan selama 3 hari.  Selepas dibenarkan keluar dari hospital,  Zakuan berazam untuk mengubah cara hidupnya.  Dia berazam untuk tidak lagi memperdayakan kaum wanita.  Zakuan menanam tekad untuk memulakan hidup baru selepas pengalaman seram dan ngeri yang dialaminya.


No comments: