Sunday, 29 April 2012

LEMBAGA PUTIH DI BILIK OPERASI

LEMBAGA PUTIH DI BILIK OPERASI

Aku sedang bersiap siap untuk pergi meronda.  Waktu sudah 2 pagi.  Mata masih mengantuk tidak cukup tidur, tetapi tugas mesti didahulukan.  Sambil mengambil senapang aku menmanggil," Atan! Engkau sudah ambil lampu suluh?"
Atan hanya mengganguk kepalanya lalu memulakan perjalanan dan aku pun menyusul dari belakang.
Banganun bangunan disini semuanya gelap gelita.  Yang bercahaya hanya lampu suluh ditangan dan bilik kawalan yang dujaga oleh ketua pengawal dengan seorang koparal.
Setelah setengah jam berlalu, peluh mula membasahi baju.  Inilah kali pertama aku membuat rondaan disini setelah sebulan lamanya dipindahkan dari kem askar divisyen enam ke tempat ini.  Sudahlah tempatnya sunyi, dekat dengan kubur pulak.
Maca macam cerita aku dengar dari kawan kawan yang sudah lama disini.  Mereka menceritakan kejadian kejadian aneh yang selalu berlaku setelah 12 tengah malam.  Apabila teringat kembali, berdiri bulu roma tengkuk ku.
Tiba tiba aku terperanjat. Suara atan memecahkan kesunyian malam.
"Man!" teriak Atan.  "Bilik itu ada lampu!" sambil menunjuk ke arah bilik operasi yang selalu dikunci jika tidak digunakan.
Mungkin ada penceroboh fikirku.  Kami berjalan perlahan lahan supaya tidak bising.  Setelah sampai ke pintu, kedengaran bunyi seperti radio diputarkan.
"Pintu dikunci dari luar," bisik Atan kepadaku sambil cuba membuka pintu itu.  Atan mengambil telefon set yang dibawa lau menghubungi bilik kawalan dan melaporkan apa yang sedang berlaku.
Tiba tiba pintu terbuka dengan sendiri seperti angin bertiup dari dalam bilik itu.  Aku mula merasa takut, tetapi atan kelihatan tenang.  Dia berjalan perlahan lahan masuk ke bilik itu.  Aku ikut dari belakang.  Setelah berada di dalam, aku terhidu bau busuk seperti bangkai yang sudah lama dibiarkan.  Kami memeriksa bilik itu, tetapi tidak jumpa apa apa.  Tiba tiba terdengar seperti ada orang yang memanggil namaku dengan suara yang mendayu dayu.  "Man, Man.  Marilah kesini."  Seperti orang yang terpukau, aku berjalan menuju suara yang merdu itu.
Tanpa berlengah, Atang menarik aku.  Aku ternampak mulutnya terkumat kamit seperti membaca sesuatu.  Kemudian di sebuah kerusi dihadapanku, menjelma seorang wanita yang memakai serba putih dengan rambut yang panjang.  Mukanya tidak kelihatan kerana dia hanya tunduk melihat lantai.
Aku sudah menduga makhluk apakah yang sebenarnya dihadapan kami.  Seluruh tubuhku lemah.  Macam macam rasa yang datang, hendak buang air kecil pun ada.
Tanpa disedari aku terus berlari keluar dari bilik itu dan bersembunyi dalam longkang besar diluar.  Setelah turun dalam longkang baru aku teringat bahawa aku telah meninggalkan atan seorang diri menghadapi lembaga putih yang tidak tahu asal usulnya.  Kalau sudah takut macam macam boleh jadi.  Fikiranku buntu.  Aku tidak tahu apa yang hendak dibuat.
Tiba tiba lembaga itu muncul dihadapanku dengan sekelip mata sahaja.  Aku merasa sungguh terkejut lalu lari menuju ke bilik kawalan sambil memekik,"Tolong!Atan tolong!" lalu duniakau gelap.
Setelah sedar aku melihat atan dan beberapa pengawal lain sedang berdiri disebelah katil dibilik kawalan.  KEpalaku masih merasa mabuk, tetapi dengan perasan yang ingin tahu, aku pun bertanya pada atan tentang kejadian aneh yang baru saja berlaku.
Atan memberitahu aku bahawa dia cuba menghalau makhluk halus itu dengan membaca ayat kursi.  Lembaga putih itu pun terbang mengekori aku lalu hilang dengan serta merta.
Semua itu berlaku dengan cepat.  Atan kemudian ternampak aku jatuh pengsan lalu mengangkatku pulang ke bilik kawalan.
Aku hanya berdiam diri sambil cuba mengingat kembali kisah tadi.  Aku merasa serik bertugas disini.  Esok aku bercadang menghantar surat permohonan untuk ditukarkan ke tempat lain.  Fikiran ku melayang dan aku mula melelapkan mata.
Pada waktu yang sama, jauh dari situ terdengar lembaga itu menggilai. 



Petikan Dari http://kisahseram.blogdrive.com/

No comments: